Review-Makanan Sedap Buffet Ramadhan Murah | Setiap insan semestinya ingin kan makanan sedap kerana dapat memberikan kepuasan buat mereka. Bersempena bulan Ramadhan semakin hampir ramai yang sudah tercari cari mana tempat yang menyediakan makanan sedap buffet ramadhan murah. Malaysia memang terkenal dengan Negara yang penuh dengan Citarasa Makanan atau di kenali dengan Citarasa Malaysia. Pada tanggal 12 haribulan enam tahun 2014, pihak Hotel Concorde Shah Alam telah mengadakan dua program dalam satu hari. Ianya amat mulia dan sangat membantu orang sekitar Shah Alam merasa kenikmatan makanan pihak Hotel Concorde Shah Alam. Sehubungan dengan itu, HH nak review sedikit tentang kelebihan buffet ramadhan yang pihak Hotel Concorde Shah Alam adakan. Penaja program bubur lambuk iaitu Adabi Consumer Industries Sdn Bhd dan Jentayu Entertainment.
Setiap tahun Hotel Concorde Shah Alam akan dipenuhi dengan majlis berbuka puasa serta berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan. Selain itu, pihak Hotel Concorde Shah Alam turut mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim. Dari segi layanan staff mereka memang terbaik rasa macam dalam kayangan tapi dalam Hotel Concorde Shah Alam yang dihiasi dengan makanan seperti kayangan. HH masuk masuk je preview buffet ramadhan mereka terus disambut bagaikan di alam kayangan. Penuh dengan makanan yang mewah dan berkualiti rasanya. Bayangkan HH kena rasa 20 jenis dessert dan 20 jenis kuih muih bagi mendapatkan kelainan yang mereka cuba sampaikan dalam makanan.
Antara Aneka Pencuci Mulut
Orang selalu cakap makan kat hotel membazir tapi sebenarnya tidak juga, sebagai contoh pihak Hotel Concorde Shah Alam akan memberi Bubur Lambuk kepada penduduk Shah Alam. HH je dapat bawa balik 6 bekas bubur lambuk. Perh memang terbaik dari lading lah. Rasa Bubur Lambuk paling sedap dan meleleh air liur kalau tak tambah. Jadi kalau berbuka puasa kat Hotel Concorde Shah Alam je kita dapat rasa bubur lambuk yang sedap. Tapi kalau dah makan jangan lupa nak solat magrib. Macam di Hotel Concorde Shah Alam mereka akan khas dan ingatkan kepada mereka yang ingin solat boleh pergi ke surau yang mereka telah sediakan. Sekali sekala kita buat event berbuka puasa dengan anak anak yatim dekat Hotel Concorde Shah Alam pun memang terbaik. Bukan nak menunjuk tapi kita nak bagi anak anak yatim itu merasa kemewahan sedikit disaat mereka tiada sesiapa di dunia ini.
Citarasa Malaysia 2014
Konsep yang memaparkan segala lauk pauk dari seluruh Malaysia di masak dan di abadikan dalam ruang kayangan yang dipenuhi dengan segala macam keunikan masakan yang telah dihasilkan oleh Chef Shah dan Chef hafizi di bantu oleh beberapa chef yang lain teryata memang makanan sedap.
Koleksi Citarasa Malaysia Melting Pot Café-Negeri Sembilan, Perak, Johor , dan Terengganu.
Selamat Mencuba! Sebarang Pertanyaan tentang makanan sedap Boleh Berhubung dengan Makanan Sedap Hotel Concorde :
Tel : 03-55122200 extension 2304
Fax: 03-55122233
Email: shah@concorde.net
Website: shahalam.concordehtelsresorts.com
Facebook: www.facebook.com/concordehotelshahalam
* Maximum 5 persons enjoy Ramadhan Buffet
* Prices quoted are subject to 10% service charge and 6% government tax.
*Menu subject to change
‘Citarasa Malaysia’ Ramadhan Buffet at Melting Pot Cafe
1. Buka Puasa Buffet Ramadhan, 29 June-27 July 2014
RM95.00++ per person (7.00pm to 10.30 pm)
2. Sahur Buffet Ramadhan, 29 June-27 July 2014
RM42.00++ per person (3.30am to 5.45am)
‘Hot Deal Again’ Ramadhan Room Promotion
- Rates start from RM213.00++ per room per night
- Available for stay from July 1- August 31 2014
- Complimentary shuttle service to the Blue Mosque daily and special transfer for Friday Prayer
- Complimentary late check-out until 3.00pm
- Surau and Imam for Jemaah Isya’ & terawih prayer throughout the Ramadhan month
Salam Ramadhan,
Hafizi Hamsan-HH
Related articles across the web