Hafizi Hamsan Marketing

Pajak Gadai Dalam Islam

Pajak Gadai Dalam Islam dikenali sebagai satu produk baru yang kini menjadi tempat di mata masyarakat Islam. Mungkin ramai yang tidak tahu apakah kepentingan dan kebaikan Pajak Gadai Dalam Islam. Ramai yang lebih gemar dan lebih selesa pergi ke pajak gadai yang tidak berlandaskan syariah islam. Cepat atau lambat hari semakin hari terus menjadi cabaran buat hidup. Emas atau barang berharga lebih senang untuk menjadikan produk gadaian. Masalahnya disini ramai masyakat Islam kita tidak tahu mana lagi bagus. Sebagai contoh, jika kita ke pajak gadai yang tidak berlandaskan syariah Islam sudah tentu kita akan dikenakan duit bunga atau bayaran keatas loan yang kita dapat. Oleh yang demikian saya sebagai seorang Mahasiswa UiTM Shah Alam telah menyiapkan projek semester akhir mengenai Ar-Rahnu yang lebih sesuai.

 

 

Saya tidak menjuruskan kepada umum tapi kita haruslah ingat Islam itu mudah seperti yang telah dinyatakan oleh Ustaz-Ustaz dan Para Penceramah. Sebarang maklumat lanjut boleh lah pergi ke laman web tersebut. Ar-Rahnu ada dua pilihan samada yang dibawah naungan bank seperti RHBi Bank, Bank Rakyat, Agro Bank, dan berikutnya. Manakala bagi badan koperasi pula seperti YaPEIM, Pos Malaysia, Primas, dan lain-lain. Malaysia semakin hari semakin banyak perubahan yang berlaku. Kita sebagai umat Islam perlu berbangga dengan produk yang berlandaskan syariat Islam.

 

Bukan mudah untuk kita mengukir sesuata di atas permukaan yang keras. Ianya perlu di lembutkan dan perlu ada teknik barulah berhasil. Apa yang saya ingin kongsikan pihak Ar-Rahnu hanya mengambil upah simpan dan tidak mengenakan apa-apa cas yang lain. Upah simpan mengikut harga emas, ada yang memberi tempoh 6 bulan, ada yang memberi 3 bulan dan 3 bulan. Pajak Gadai Dalam Islam akan terus maju dengan sokongan anda!

 

 

 

 

Exit mobile version