Blogger? Apakah yang anda tahu pasal blogger? Blogger merupakan sebuah laman sesawang milik Google yang telah menyediakan kemudahan Blog secara percuma tak perlu bayar pun. Dengan hanya mendaftar di laman Blogger, anda boleh membuat Blog dengan semudah ABC dan sepantas kilat. Tapi nak kekal menjadi blogger yang sempoi dan terkenal perlu tahu panduan jadi blogger terkenal. Kena rajin blogwalking bukan sleepwalking, lepas tu rajin-rajin dan ringan kan jari untuk membuat Backlink.
Blog juga boleh digunakan untuk catatan peribadi, misalnya untuk membuat diari, catatan pengembaraan serta peluang menambahkan pendapatan. Sebenarnya banyak laman-laman sesawang penyedia blog secara percuma. Antaranya ialah wordpress.com, blog.com , blogdrive.com dan pelbagai lagi. Tetapi, mengapa kita harus memilih dan menggunakan Blogger? Berikut ialah panduan dan sebabnya.
Panduan menjadi blogger terkenal adalah dengan mengenali apa itu blog:
1)User friendly betul tak
Blogger memiliki banyak fitur atau (aplikasi) yang mudah digunakan, terutama bagi mereka yang baru hendak memulakannya career sebagai blogger.
2)SEO friendly semestinya
Walaupun hamper semua orang mengatakan wordpress lebih seo friendly, tetapi Blogger juga telah seo friendly tanpa perlu membuat sebarang perubahan. Saya dulu jugak mula dengan blogger pastu baru guna platform wordpress. Jadi, blogger sangat sesuai bagi mereka yang baru ingin berjinak-jinak dengan blogger.
3)Selamat dan sukar untuk berlaku sebarang masalah
BlogSpot memiliki fasiliti unlimited bandwidth yang bermaksud berapa pun jumlah pengunjung yang mengunjungi blog kita, ia tetap akan selamat dan tidak akan digangu dengan sebarang muat turun yang dilakukan. Oleh yang demikian, kerana blogspot dimiliki oleh google. Sebagai portal terbesar dunia yang memegang dunia, google akan sentiasa ingin menjadi yang terbaik dan kualiti terbaik kepada pengguna nya, jadi anda tidak perlu bimbang.
4)Kemudahan untuk posting artikel
Blogger menyediakan fasiliti posting yang mudah sama ada secara langsung, melalui e-mei atau melalui sms. Kita juga boleh memasukkan gambar dan video daripada computer atau YouTube ke dalam artikel kita dengan mudah dan senang.
5)Boleh menggunakan javascript
JavaScript sangat penting untuk menjadi panduan blogger terkenal. Hal ini kerana, dengan javascript kita boleh memasukkan iklan-iklan, jam, calendar dan sebagainya ke dalam blog kita.
6)Kod HTML/ search code blog yang tersedia
Maksudnya, kita boleh memodifikasi paparan blog sesuai dengan keinginan kita dan jiwa kita.
7)Pilihan template yang pelbagai dan sesuai
Template adalah background atau latar belakang blog kita. Koleksi template terdapat dalam pelbagai pilihan di mana kita boleh memggunakannya terus atau boleh juga memodifikasikannya sendiri tanpa harus mempelajari HTML. Blogger/blogspot juga membolehkan pengeditan kod HTML blog pada bila-bila masa dan ketika.
8)Warna dan font custom yang pelbagai
Kita bebas mengubah template yang telah diambil secara percuma daripada koleksi Blogger. Panduan ini boleh diguna terus menerus atau boleh juga menggantikan warna dan huruf judul yang lain sesuai dengan keinginan masing-masing.
9)Mudah dialihkan mengikut citarasa blogger
Dengan sistem yang serdahana ini, mempermudahkan pengguna dalam meletakkan komponen halaman seperti posting, profil, archive dan bahagian lain sesuai dengan keinginan dan keperluan anda.
Sekian, terima kasih.
Selamat mencuba dari Hafizi Hamsan Anak Jati Melaka + Johor = Shah Alam.