Asssalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang setia, tak lama lagi kita akan sambut hari kemerdekaan yang ke 57 tahun. Topik kali ini rugi ke beli permainan bayi? secara logiknya jika pembelian yang dilakukan adalah terhad dan ada kegunaannya ia tidak merugikan tetapi jika selalu beli permainan bayi yang tidak memberi kebaikan kepada bayi anda ianya sangat merugikan. Kenapa saya kata ianya rugi kerana bayi memerlukan belaian yang kerap dan sentuhan yang kerap. Selain itu, bayi juga memerlukan sesuatu yang membolehkan deria bayi anda berfungsi.
Sebagai contoh permainan bayi anda mempunyai warna yang menarik dan mengeluarkan bunyi yang menarik perhatian mereka. Bunyi seperti plastic yang direnyok-renyokkan, bunyi loceng yang ada dua bunyi, dan warna yang terang dan cerah. Pastikan anda tidak terlupa kepada perkembangan bayi anda yang sangat penting. Jangan ambil sambil lewa ya ini sangat penting kerana jika ada perangsang kepada bayi anda ianya akan memberi banyak kebaikkan kepada bayi tercinta anda.
Persoalannya rugi ke beli permainan bayi? bagi seorang ayah dan ibu yang sangat mementingkan kecerdasan dan kepintaran bayi mereka sudah pasti jawapan tidak rugi akan mereka berikan. Jadilah ibu bapa yang bertanggungjawab diatas amanah yang diberikan. Elakkan dari penderaan bayi dan kanak-kanak bersamalah kita jaga amanah yang telah diberikan. Berminat boleh singgah sini untuk cuci mata barangan bayi dan ibu hamil.
Sekian terima kasih. Assalamualaikum.