FOOD REVIEWREVIEW PRODUK

Pakej Katering Kopi RUMAKOPI Melaka Murah

Jemput singgah ke Pakej Katering Air RUMAKOPI Melaka Murah untuk menghiasi majlis anda. Alhamdulilah kita dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk mengadakan majlis kenduri, majlis pertunangan, majlis perkahwinan, majlis akikah, dan majlis hari jadi. Tetapi inginkan kelainan dalam menjamu para tetamu? Jom kami tawarkan kepada anda Pakej Katering Air RUMAKOPI Melaka Murah bermula dari harga serendah RM3.5-4.50 per cup 9oz. Kami sedia memberi perkhidmatan yang terbaik untuk semua peminat kopi. Berminat boleh hubungi kami di 011-28141037 (Pn Hajar) untuk rundingan tarikh dan pakej.

Pakej kopi kami bermula dari 100 cup hingga ke 400 cup, jika majlis anda lebih kami memerlukan maklum balas yang awal. Kami bermula dari rumah di serkam dan kini kami berniaga sabtu dan ahad di hadapan 99 speedmart serkam ria. Jika anda ingin cuba kopi kami boleh datang ke kedai kami ye. Kopi kami tidak seperti kopi mesin tapi rasa seakan rasa kopi mesin. RUMAKOPI serkam jika dikedai memiliki 60 menu air akan tetapi yang paling top adalah Iced Latte Vanilla dan Iced Mocha Hazelnut. Gambar dibawah adalah menu kami.

Buat masa ini kopi katering kami cover dalam melaka sahaja akan tetapi jika ada diluar melaka boleh roger awal. Untuk kami menguruskan penginapan serta cuti kerja hakiki suami saya. Kami mula berniaga pada tahun 2022 berbekal kan niat untuk berniaga. Dan kini kami sudah mahir untuk menyediakan air kopi yang boleh diterima ramai. Majlis kecil ke besar kami sedia menerima tempahan yang penting berbincangan awal.

Sekian terima kasih. Mohon share dan panjangkan kepada kawan kawan ye.

Rumakopi Serkam

Kami Rumakopi Serkam merupakan perniagaan dibawah pendaftaran Super Butce Enterprise memulakan perniagaan dari rumah hingga kini ada cawangan kiosk di KFC merlimau dan rakan niaga di Cabin Serkam Darat. Kami juga menjual produk utama keseluruh Malaysia iaitu Pati Espresso Rumakopi. diplatform Tik Tok Shop. Dalam sepanjang 2 tahun kami sudah menjual hampir 3000 botol kepada pelanggan yang meniaga serta kegunaaan sendiri. Kami juga ada menerima tempahan Katering Kopi untuk majlis nikah kahwin, akikah, hari jadi, dan majlis tertutup. Jika ada sebarang kerjasama dan pertanyaan boleh berhubung dengan kami 013-6265107 (Encik Hafizi)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial