Uncategorized

Cara Beli Nombor Plate Kenderaan JPJ Dengan Jimat Dan Murah

Assalamualaikum untuk posting blog kali ini saya nak kongsi Cara Beli Nombor Plate Kenderaan JPJ Dengan Jimat Dan Murah tanpa perlu melalui orang tengah. Sudah tentu lebih jimat dan dipercayai tanpa dikenakan cas harga yang tidak masuk akal. Ok langkah pertama anda wajib ada akaun mysikap jpj kalau belum ada daftar disini. Setelah daftar anda log masuk seperti biasa.

mysikap

Kemudian anda pergi ke utama dan pilih kenderaan. Pilih pada kotak dibawah iaitu Tempahan No. Pendaftaran. Anda boleh refer nombor terkini dahulu kemudian pilih ikut negeri yang anda suka.

Seterusnya, anda pilih negeri dan huruf awalan. Kemudian masukan nombor pilihan anda atau lagi mudah masuk ikut julat lingkungan 50. Contoh 100 ke 150. Kemudian tekan cari dan pilih nombor anda. Klik seterusnya untuk membuat pembayaran tanda setuju.

Ini contoh harga nombor murahkan, berbanding dan beli. Saya pernah beli tahun 2019, harga rm210. Sekarang tahun 2025 dah naik sikit rm310 tapi jimat dah ni. Selesai buat pembayaran. Nombor ini sah laku selama 6 bulan sebelum register jika dah nak tamat boleh la pergi kedai motor untuk parking nombor anda ini.

Selamat mencuba, jika ada pertanyaan sila call jpj terdekat ye bukan saya. Saya kongsi kongsi sahaja Cara Beli Nombor Plate Kenderaan JPJ Dengan Jimat Dan Murah untuk golongan B40 nak bergaya macam M40. Sekian terima kasih dari saya.

Rumakopi Serkam

Kami Rumakopi Serkam merupakan perniagaan dibawah pendaftaran Super Butce Enterprise memulakan perniagaan dari rumah hingga kini ada cawangan kiosk di KFC merlimau dan rakan niaga di Cabin Serkam Darat. Kami juga menjual produk utama keseluruh Malaysia iaitu Pati Espresso Rumakopi. diplatform Tik Tok Shop. Dalam sepanjang 2 tahun kami sudah menjual hampir 3000 botol kepada pelanggan yang meniaga serta kegunaaan sendiri. Kami juga ada menerima tempahan Katering Kopi untuk majlis nikah kahwin, akikah, hari jadi, dan majlis tertutup. Jika ada sebarang kerjasama dan pertanyaan boleh berhubung dengan kami 013-6265107 (Encik Hafizi)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial