ILMIAHTIPS BLOGGING

Cara Pantas Mendapatkan Google PageRank

Assalamualaikum kawan dan pembaca yang setia, entry kali ni santai tapi serius sebab masih gatal lagi tangan ni nak menaip tips dan cara pantas mendapatkan google pagerank yang bakal berguna untuk rakan blogger kita. Betul ke tidak saya harap ianya berguna dan manfaat buat anda. Apa yang anda tahu tentang Google PageRank? Mesti ramai yang dah expect dan otai seperti denaihati , melastikbintang , hasrulhassan , dan kujie2 .

google pagerank

Pada Google PageRank juga ada cara untuk mendapatkan Google PageRank iaitu:

google

1)Buat Artikel Yang Unik dan Menarik

Buat artikel yang unik dan menarik tidak semestinya perlu buat gossip artis itu tugas abang nara kot , kita sebagai blogger yang sejati perlu ada identity sendiri yang orang tahu itu kita. Perkara pertama dan sangat disenangi google dari sesebuah blog/website adalah isinya. Google sangat suka jika setiap blog berisi hal-hal unik dan tidak sama dengan blog lain. Contoh dah ada blog yang cerita pasal Piala Dunia macam blog denaihati, rasanya kita boleh buat keunikkan sikit jom pakai baju piala dunia ke atau pun jom tengok piala dunia 2014.

2)Elakkan menciplak/mengambil artikel orang lain

Kalau boleh jadi diri sendiri tak perlu copy-paste orang punya hasil kerja. Copy-paste adalah hal yang sama sekali google tidak suka tau. Oleh itu, untuk menjaga supaya blog anda jadi anak angkat kepada google perlulah maintain, elakkan copy-paste tulisan dari blog lain atau website lain. Selain itu, HH ingin mengingatkan tindakan menciplak juga akan menurunkan jumlah pembaca blog dan susah untuk menaikkan pagerank blog anda.

3)Perbanyakkan Link

Link sangatlah penting dalam membina sesebuah blog, terutama untuk keperluaan SEO dan pagerank. Buat banyak link dari blog luar ke artikel blog anda adalah kerja yang amat murni dan memberi kan kesan yang baik. Tak caya? cubalah. Tetapi perlu diingat bahawa semakin besar pagerank blog yang link ke blog anda, semakin tinggi pagerank yang boleh diperolehnya. Selain itu, link antara artikel di dalam blog juga turut membantu dalam meningkatkan pagerank blog anda seperti di dalam tulisan ini terdapat beberapa link yang mengarah ke artikel lain di dalam blog.

4) Update secara Rutin Jangan Malas Ya

Update secara rutin isi blog anda menandakan anda aktif menguruskan blog anda. Para pembaca dan google search juga akan sentiasa berkunjung ke blog anda dan peluang untuk mendapatkan pagerank juga semakin tinggi.

pagerank

Semoga dengan ada cara pantas mendaaptkan google pagerank ini dapat membantu rakan-rakan menjadi blogger yang terkenal satu hari nanti.

 

 

Rumakopi Serkam

Kami Rumakopi Serkam merupakan perniagaan dibawah pendaftaran Super Butce Enterprise memulakan perniagaan dari rumah hingga kini ada cawangan kiosk di KFC merlimau dan rakan niaga di Cabin Serkam Darat. Kami juga menjual produk utama keseluruh Malaysia iaitu Pati Espresso Rumakopi. diplatform Tik Tok Shop. Dalam sepanjang 2 tahun kami sudah menjual hampir 3000 botol kepada pelanggan yang meniaga serta kegunaaan sendiri. Kami juga ada menerima tempahan Katering Kopi untuk majlis nikah kahwin, akikah, hari jadi, dan majlis tertutup. Jika ada sebarang kerjasama dan pertanyaan boleh berhubung dengan kami 013-6265107 (Encik Hafizi)

28 thoughts on “Cara Pantas Mendapatkan Google PageRank

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial