SANTAI

Resipi Kek Kukus

Resipi Kek Kukus ini adalah resipi turun menurun keluarga kami, boleh cuba Resipi Kek Kukus untuk dihidangkan untuk keluarga dan rakan-rakan. Selamat mencuba Resipi Kek Kukus ini untuk memberi keyakinan diri dalam menjadi seorang yang suka memasak hehe. Disamping itu, hidangan kek kukus ini boleh dijadikan juadah untuk rumah terbuka dan jika yang dah mahir boleh buat perniagaan secara kecil-kecilan.

kek kukus hafizi

Antara Bahan-Bahan Resipi Kek Kukus:

6 biji telur ayam
1 paket tepung gandum
16 oz majerin
2 cawan gula halus (gula pasir)
2 sudu teh cream of tartar
2 sudu teh soda bicarbonate
1 cawan gula goreng
1 bungkus kismis
½ biji buah pala (di tumbok)
2 sudu teh esen orange

Ada orang suka kek kukus buah dan ada juga yang suka kek kukus coklat. Macam-macam sekarang kita boleh ubah resipi kek kukus ini.

kek kukus

Cara-cara membuat kek kukus:

majerin dan gula dipukul sampai kembung. Lepas itu masukan kuning telur sebiji sebiji sambal di pukul. Enjut putih telur sampai kental (berkusar). Kemudian dimasukkn kedalam adunan majerin tadi. Lepas itu masukkan krismis, tepung gandum, cream of tartar, soda bicarbonate dan buah pala yang ditumbuk. Lepas itu masukan asin orange sambal di kacau barulah dimasukkan gula goring. Kacau dan masukkan kedalam acuan dan di kukus selama 4 jam.

Rumakopi Serkam

Kami Rumakopi Serkam merupakan perniagaan dibawah pendaftaran Super Butce Enterprise memulakan perniagaan dari rumah hingga kini ada cawangan kiosk di KFC merlimau dan rakan niaga di Cabin Serkam Darat. Kami juga menjual produk utama keseluruh Malaysia iaitu Pati Espresso Rumakopi. diplatform Tik Tok Shop. Dalam sepanjang 2 tahun kami sudah menjual hampir 3000 botol kepada pelanggan yang meniaga serta kegunaaan sendiri. Kami juga ada menerima tempahan Katering Kopi untuk majlis nikah kahwin, akikah, hari jadi, dan majlis tertutup. Jika ada sebarang kerjasama dan pertanyaan boleh berhubung dengan kami 013-6265107 (Encik Hafizi)

4 thoughts on “Resipi Kek Kukus

    • hafizi hamsanPost author

      mudah je..kak.. yang penting kena rajin..

      Reply
    • hafizi hamsanPost author

      tahu takpe, ingat lagi dulu masa kecit siap keluarkan kismis and buah buah dalam kek kukus sebab tak suke hehe

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial