SANTAI

Dua Minggu Latihan Industri Di Kilang

Assalamualaikum, rasa dah lama sangat tak update entry. Hehe maklumlah dah Dua Minggu Latihan Industri Di Kilang sebagai audit and planner. Sekali pandang ingat kerja dekat kilang macam low profil tapi itu dulu. Sekarang basic pun dah besar dan suasana di kilang jauh berbeza dengan bekerja di tempat lain. Banyak kebaikan dan kelebihan bila membuat latihan industri di kilang atau syarikat besar.

Sekarang dah Dua Minggu Latihan Industri Di Kilang, memang nampak pelik bila budak jurusan sains matematik dapat latihan industri di kilang. Tapi semasa hari pertama sampai di tempat practical supervisor dah terangkan dan kenapa pilih saya. Beliau seorang bangsa cina dan sangat tegas terus menyatakan sebab dia ambil saya kerana pelajar sains matematik mempunyai kelainan tersendiri.

Memang susah untuk memahami selok-belok pengurusan kilang tetapi kita kena belajar dan terus berfikir jangan mudah putus asa. Antara suasana yang paling terbaik adalah:

1-Waktu Rehat

Kenapa dengan waktu rehat? sebabnya saya dapat lihat kembali zaman persekolahan kerana makan ramai-ramai berbilang bangsa. Beli makanan beratur dan selepas makan letak pinggan ditempat yang telah disediakan. Sesuatu yang terbaik bila semua bekerja dibawah satu matlamat untuk menghasilkan pengeluaran produk yang terbaik.

2-Cara Bekerja

Memang tidak dinafikan rakyat malaysia semuanya rajin dan memang jelas terbukti yang kami bangsa India,Melayu ,dan Cina boleh bekerjasama antara satu sama lain. Ianya dapat memupuk jalinan ukhwah yang baik dan sihat.

Sebenarnya banyak lagi tapi ini sahaja yang sempat dikongsikan. Natijahnya, jika anda ingin membuat latihan industri carilah tempat yang sesuai dan jangan takut untuk ke kilang atau industri yang besar kerana disitulah kita dapat belajar untuk menjadi pekerja yang rajin macam bangsa lain.

Boleh download Senarai-companies-for-internship-placement.

Sekian Terima Kasih.

Rumakopi Serkam

Kami Rumakopi Serkam merupakan perniagaan dibawah pendaftaran Super Butce Enterprise memulakan perniagaan dari rumah hingga kini ada cawangan kiosk di KFC merlimau dan rakan niaga di Cabin Serkam Darat. Kami juga menjual produk utama keseluruh Malaysia iaitu Pati Espresso Rumakopi. diplatform Tik Tok Shop. Dalam sepanjang 2 tahun kami sudah menjual hampir 3000 botol kepada pelanggan yang meniaga serta kegunaaan sendiri. Kami juga ada menerima tempahan Katering Kopi untuk majlis nikah kahwin, akikah, hari jadi, dan majlis tertutup. Jika ada sebarang kerjasama dan pertanyaan boleh berhubung dengan kami 013-6265107 (Encik Hafizi)

4 thoughts on “Dua Minggu Latihan Industri Di Kilang”

  • ramai orang melayu lebih rela kerja kilang berbanding kerja jadi maid (perempuan la). sebab tu susah juga pasal maid kita kena inport je dari Indonesia sedangkan mereka ni banyak masalah. tp mungkin juga sebab gaji lebih banyak di kilang kan.
    Raihanah Ahmad recently posted…Cara Elakkan Diabetes Semasa Mengandung (GDM)My Profile

    Reply
    • hafizi hamsanPost author

      betul betul, pasal maid ni memang susah nak dapat yang ok dan sesuai. Sekarang ni ramai yang ejen suka tipu-tipu…

      Reply
  • bro, saya jurusan maths jugak, dkt kilang mne bro buat LI?

    Reply
    • hafizi hamsanPost author

      bagi sya, better walk in je ke kilang yg sesuai, antaranye infineon(semiconductor),texas,dan banyak lagi

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial