ILMIAHREVIEW PRODUKSANTAIUncategorized

Kisah Benar! Muzium Penjara Melaka

Kisah Benar! Muzium Penjara Melaka ada rahsia tersendiri yang ramai tidak tahu. Ermm, ada ke kisah kisah misteri di dalam muzium penjara melaka tu yang terletak di bandar hilir,melaka. Kalau nak ikutkan Sejarah Muzium Penjara ni memang panjang dipendekkan cerita merupakan penjara kedua tertua di Tanah Melayu selepas penjara pulau pinang dan ia dibina pada zaman penjajahan British.

muzium penjara melaka
Gambar Sebenar Di penjara melaka

Pada tahun 1955 sehingga 1960, penjara ini dihuni oleh banduan muda (21 tahun kebawah) dibawah jagaan Mr.Golden. Pada tahun 1960 sehingga 1970, Tuan Hj. Nur Shahid telah mengambil alih  tugas sebagai  Pegawai Besar (Inspektor Penjara). Yang paling terbaik rumah penginapan pegawai besar ketika itu terletak di bahagian atas pintu besar penjara. Kalau nak tahu macam mana? datang lah ke Muzium Penjara Melaka, kalau kita sebagai rakyat Malaysia tak menjelajahi Kisah Benar! Muzium Penjara Melaka ini tak kan nak biarkan tempat tu kosong? Semestinya tidak kan, bayaran yang dikenakan pun murah je.

tirai besi
Bahagian Yang memisahkan bahagian penjara
keadaan dalam tirai besi
Suasana sel sebenar!!

Mari belajar sejarah! mengenai konsep muzium penjara di muzium penjara melaka. Rasailah pengalaman di dalam penjara yang jarang orang boleh rasa. Dengan kita sendiri merasainya dapat menjadikan iktibar untuk kita jauhi jenayah. Banyakkan sehari duduk dapat penjara je aku dah rasa peritnya inikan orang yang duduk 1 tahun, 5 tahun dan 10 tahun tu kan? Dah semestinya kaku dengan seksaan berada dipenjara dunia.

Jenis jenis pakaian dalam penjara

Paling bagus bawak anak anak ke muzium penjara sudah pasti anak anda akan memahami apa itu kesalahan jenayah dan yang penting dapat mendidik mereka dari melakukan kesalahan.

Sekian terima kasih.

 

Rumakopi Serkam

Kami Rumakopi Serkam merupakan perniagaan dibawah pendaftaran Super Butce Enterprise memulakan perniagaan dari rumah hingga kini ada cawangan kiosk di KFC merlimau dan rakan niaga di Cabin Serkam Darat. Kami juga menjual produk utama keseluruh Malaysia iaitu Pati Espresso Rumakopi. diplatform Tik Tok Shop. Dalam sepanjang 2 tahun kami sudah menjual hampir 3000 botol kepada pelanggan yang meniaga serta kegunaaan sendiri. Kami juga ada menerima tempahan Katering Kopi untuk majlis nikah kahwin, akikah, hari jadi, dan majlis tertutup. Jika ada sebarang kerjasama dan pertanyaan boleh berhubung dengan kami 013-6265107 (Encik Hafizi)

One thought on “Kisah Benar! Muzium Penjara Melaka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial