FOOD REVIEWHUBUNGI SAYAREVIEW PRODUKSANTAI

Bazar Telok Mas Melaka Gerai Kek Cheese Viral

Bazar Telok Mas Melaka Gerai Kek Cheese Viral Leleh kembali lagi dengan lebih kelainan. Kepada warga melaka jomlah beli kek cheese viral di Bazar Telok Mas Melaka Gerai Kek Cheese Viral (Nombor Tapak 102). InsyAllah akan bermula pada 10 May 2019 (ramadhan ke 5) waktu operasi dari jam 8 malam hingga 12 tengah malam. Ini lokasi kami sepanjang bulan ramadhan ya tapi malam je tau. Jika nak beli full kek pun boleh tapi kena order 1 hari awal di nombor saya 013-6265107.

Antara Jenis Kek Yang Kami Ada:

Lokasi kami nanti ya,mungkin permulaan puasa kami belum ada. Yang pasti Sabtu ,ahad dan isnin confirm. Apa apa roger saya 013-6265107. Maaf comot sikit gambar kek ni.
Blueberry cheese kek, Coklat cheese kek leleh, Red velvet cheese kek sagat, Pandan cheese kek.

Bazar Telok Mas Melaka merupakan bazar ramadhan melaka sebelah malam yang menjual pelbagai barang dan makanan. Antaranya Kek Cheese Viral yang ada pada bulan ramadhan sahaja. Kenapa pilih nama Kek Cheese Viral? Sebabnya kami memberi kepuasan pada cheese yang leleh diatas kek. Mungkin tidak sehebat secret recipe atau Truly cafe tapi kami tahu kami ikhlas.

Iu dia,sekali berhenti semua berhenti. Jangan malu malu untuk singgah ya.
Jom Hari Hari Makan Kek Cheese Viral di Bazar Telok Mas sepanjang bulan ramadhan

Bazar Telok Mas Melaka Gerai Kek Cheese Viral akan berjanji untuk menjaga kebersihan dan keenakan kek kami. Macam mana nak cari Gerai Kek Cheese Viral? Pertama anda perlu parking kereta bersebelahan pam minyak BHP telok mas atau dikawasan lapang sekolah kebangsaan telok mas. Selepas parking anda perlu cari farmasi telok mas (board kepada warna merah) dekat dekat dengan cosway.

Jangan cair dengan saya ya, kalau suka pinang la saya sebiji kek ni. Murah je.
Kalau ada yang nak tempah sebiji kek boleh roger awal di nombor ini 013-6265107

Harga Kek Cheese Viral mungkin ada kenaikan atas faktor bahan mentah dan kos lain lain. Dulu harga sepotong kek RM6.00, beli dua potong dapat RM10.00. Jadi untuk harga 2019 bersama pakatan harapan sepotong kek RM7.00,beli dua potong RM12.00. Jika sepotong kek secret recipe RM9.00-RM12.00 kita boleh beli,inikan kek cheese viral buatan orang kampung je pun. Jadi marilah sama sama bantu membeli di gerai kami ya bernombor 102 jika tiada perubahan.

Sekian terima kasih, semoga kita sama-sama dapat menjalani ibadah puasa dengan iman. Selamat menyambut bulan Ramadhan 2019 dari saya admin Hafizi Hamsan Dot Com. Jom share post ini ke facebook anda dengan tekan butang share di atas entry ini. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Rumakopi Serkam

Kami Rumakopi Serkam merupakan perniagaan dibawah pendaftaran Super Butce Enterprise memulakan perniagaan dari rumah hingga kini ada cawangan kiosk di KFC merlimau dan rakan niaga di Cabin Serkam Darat. Kami juga menjual produk utama keseluruh Malaysia iaitu Pati Espresso Rumakopi. diplatform Tik Tok Shop. Dalam sepanjang 2 tahun kami sudah menjual hampir 3000 botol kepada pelanggan yang meniaga serta kegunaaan sendiri. Kami juga ada menerima tempahan Katering Kopi untuk majlis nikah kahwin, akikah, hari jadi, dan majlis tertutup. Jika ada sebarang kerjasama dan pertanyaan boleh berhubung dengan kami 013-6265107 (Encik Hafizi)

2 thoughts on “Bazar Telok Mas Melaka Gerai Kek Cheese Viral

    • hafizi hamsanPost author

      hehe semestinya,nanti jemput serbu ye kedai saya nanti.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial