REVIEW PRODUKSANTAITRAVEL

The Shore Oceanarium Phase 2 Berinovasi Baru

The Shore Oceanarium Phase 2 Berinovasi Baru kini sudah beroperasi bermula 1 December 2019. Bagi yang belum baca The Shore Oceanarium Phase 1 boleh klik sini ye. Tempat yang menarik Di melaka ini dapat memberi peluang anda beriadah bersama keluarga.

Bersama keluarga Di the Shore
Mendidik Anak anak untuk lebih pintar

The Shore Oceanarium Phase 2 ini berkonsepkan Oceanarium’s Aquarist Lab lebih berunsurkan pendidikan. Disini kita dapat melihat cara pemuliharaan ikan dan kitaran pemakanan ikan. Terdapat ‘Genomic DNA Extraction’ spesis ikan yang boleh bersinar dalam kegelapan.

Phase 2 Oceanarium
Banyak aktiviti baru yang ada Di phase 2

Dengan adanya penambahbaikan ini ibu bapa dapat menerangkan kepada anak anak tentang hidupan laut. Disamping itu, terdapat schooling fish tunnel, ray tunnel, music sound of sea, infinity aqua room, underwater cultural remix mural art,and kids dome aquarium. Jom tinjau sedikit gambar yang dapat diambil semasa di phase 2 the Shore Oceanarium.

Lain lain aktiviti

Kesemua The Shore Oceanarium Phase 2 Berinovasi Baru ini membelanjakan kos sebanyak RM 3 juta. Akan tetapi harga tiket Oceanarium tetap sama seperti biasa. Ini bertujuan bagi memberi peluang semua lapisan kewangan untuk merasainya.

Acara tarikan bersama ikan duyung

Harga untuk dewasa RM40, kanak kanak berumur dari 3-12 tahun RM30, dan warga emas berumur 60 tahun keatas RM30. Dan setiap pembelian akan percuma tiket VRAR. Untuk pengalaman VRAR melaka boleh juga baca post sebelum ini. Waktu operasi The Shore Oceanarium Phase 2 Berinovasi Baru adalah setiap hari bermula dari jam 10.30am hingga 9.00pm. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 06-2829966 atau oceanariummelaka@gmail.com. Sekian terima kasih dari Saya Hafizi hamsan menulis dari hati.

Rumakopi Serkam

Kami Rumakopi Serkam merupakan perniagaan dibawah pendaftaran Super Butce Enterprise memulakan perniagaan dari rumah hingga kini ada cawangan kiosk di KFC merlimau dan rakan niaga di Cabin Serkam Darat. Kami juga menjual produk utama keseluruh Malaysia iaitu Pati Espresso Rumakopi. diplatform Tik Tok Shop. Dalam sepanjang 2 tahun kami sudah menjual hampir 3000 botol kepada pelanggan yang meniaga serta kegunaaan sendiri. Kami juga ada menerima tempahan Katering Kopi untuk majlis nikah kahwin, akikah, hari jadi, dan majlis tertutup. Jika ada sebarang kerjasama dan pertanyaan boleh berhubung dengan kami 013-6265107 (Encik Hafizi)

2 thoughts on “The Shore Oceanarium Phase 2 Berinovasi Baru

  • Farida

    Kenapa ada dua phase?

    Reply
    • hafizi hamsanPost author

      Dia dalam satu laluan,cuma phase 2 inovasi lab untuk info pendidikan. Dan ada penambahan specis ikan. Yang masih sama.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial